KEMBARA KERJAYA MDB (SIRI 5)
Saya dah buat segala2nya di Kuwait bagi cuba mendapat visa kepada isteri saya. Kerap saya berjumpa dengan rakan2 ahli parlimen & menteri Kuwait bagi meminta tolong.
"Maaf sahabatku. Urusan visa bukan lagi urusan kerajaan atau menteri. Ia adalah kuasa mutlak Raja." Kuwait dalam ancaman Iran. Ini jawapan yang 'tidak adil' kepada usaha, semangat & pengorbanan saya. Unfair.
Saya juga gagal mendapat tempat belajar di program Masters Syariah walaupun cukup semua syarat sebab saya bukan anak bumi Kuwait atau Negara Teluk. Saya hanya anak Kedah.
Saya mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Gembira sangat memijak kaki di bumi bertuah Malaysia di bulan Disember 1988. Lagi gembira dapat melihat wajah isteri yang sudah lama ditinggalkan. Remuk rasa hati. Ada yang pengalaman kena tinggalkan isteri kerana tugas & kerja?
Ahh...saya sudah bekeluarga. Saya kena bekerja. Bukan nak bergantung kepada abah & emak. Lagipun saya dah tamat belajar ijazah pertama. Saya terus mohon kerja guru sementara di Maktab Mahmud, Alor Star. Saya juga memohon bekerja sebagai pengajar di Akademi Islam, Universiti Malaysia.
Saya dapat kerja di Maktab Mahmud di awal tahun 1989. Gaji sekitar RM800 sebulan sambil menunggu keputusan dari UM. Saya diberikan amanah mengajar Nahu di Tingkatan 2 Maktab Mahmud (Banat @ Puteri) & juga Balaghah di Tingkatan 6 Rendah.
Saya amat seronok ajar anak2 muda bahasa Arab. Banyak ilmu & tips yang saya dapat sewaktu saya bekerja sebagai pengkaji bahasa Arab di Kuwait saya curahkan kepada pelajar2 saya. Saya dapat lihat di wajah mereka kegembiraan. Indah & mudahnya bahasa Arab.
Saya tinggal di rumah abah & emak (foto dikepilkan). Sebuah rumah papan di sebelah sawah padi. Saya tidak ada kenderaan ke tempat kerja. Ust Radhi, bekas pelajar Kuwait yang juga bekerja di Maktab Mahmud yang menyewa rumah di Teluk Chengai, datang jemput & hantar saya di rumah dengan motorsikal setiap hari bekerja. Hebat jasa beliau kepada saya. Tak akan saya lupa sampai bila2.
Hati berkocak setiap masa mendoakan supaya permohonan kerja saya di UM diterima. Saya ingin ambil cabaran baru. Cabaran menara gading.
(foto bersama isteri di Istanbul 2017).
MDB